Bonjour'! Tagboard Blog Archive Contact Me : Effa Yuyui Sharif & Yuyui Sharif II : @yuyusharif :Flawersxx_ : Yuyui.sharif@yahoo.com Credits |
My way :) Khamis, 28 Februari 2013 | 0 Diamond[s]
Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia
kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang
Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon
seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai
kehebatan larian seperti Jun-Shik.
Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi
apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya
berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah
menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang
sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon
Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun
sebagai Kolonel.
Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah
merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah
kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi
tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan
perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan
perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era
perang dunia kedua.
Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri
akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama
berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat
untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk
meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.
untuk wayang ne aku bagi 90% sbb mampu men'touchingkan hati aku. weee :') jarang minat dalam wayang perang-perang ne. tapi wayang ne membukakan aty aku untuk minat wayang begini. |
Catat Ulasan